"cinta adalah kekuatan yang mampu... ~mengubah duri jadi mawar,~mengubah cuka jadi anggur,~mengubah malang jadi untung,~mengubah sedih jadi riang,~mengubah sakit jadi sihat,~mengubah bakhil jadi dermawan,~mengubah padang jadi taman,~mengubah penjara jadi istana,~mengubah amarah jadi ramah,~mengubah musibah jadi muhibbah... itulah cinta..semuanya dianggap indah.."

Monday, February 28, 2011

Hati Yang Bersih Melahirkan Kasih Sayang dan Tidak Mementingkan Diri Sendiri





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang yang beriman adalah insan yang bersih hati dan jiwanya daripada bersangka buruk kepada saudaranya yang lain. Dia juga tidak akan menyakiti muslim lain dengan lidah dan tangannya. Dari hati dan jiwa yang bersih ini akan melahirkan kasih sayang semata-mata kerana Allah S.W.T.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ditanya, siapakah yang paling mulia diantara manusia?. Nabi S.A.W. menjawab yang bermaksud : "Setiap orang yang hatinya 'makhmum' dan lidahnya jujur."

Sahabat r.a bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang di maksudkan dengan hati 'makhmum'? Baginda menjawab, "Makhmum' ialah orang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikitpun perasaan dengki atau irihati padanya."

Setiap orang mukmin akan diuji di atas keimanannya kepada Allah, kerana iman bukan kata-kata dan pengakuan lidah semata-mata. Allah S.W.T. akan menguji orang mukmin adakah dia bersedia membantu saudaranya yang memerlukan bantuan? Adakah hatinya berseh daripada prasangka buruk dan tangannya ringan untuk menghulurkan bantuan .

Apabila datang seseorang saudaramu ingin meminta bantuan maka hulurkanlah bantuan sekadar kemampuanmu untuk melepaskan kesempitannya kerana kita tidak tahu yang mana daripada sumbangan kita yang boleh menyelamatkan kita daripada ke azab yang pedih dihari akhirat. Jika ada yang datang membawa masaalah keluarganya berilah nasihat yang baik kerana nasihat yang baik boleh meringankan beban masaalah yang ditanggung. Sesungguhnya nasihat yang baik adalah merupakan sedekah di sisi Allah.


Dari Ady bin Hatim r.a. yang berkata, bahawa Rasulullah S.A.W.. telah bersabda, "Tidak seorang pun di antara kamu sekelian, kecuali Tuhannya akan berbicara kepadanya besok di hari kiamat. Antara ia dan Tuhannya tidak ada penterjemah. Ia memandang suatu kebaikan, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dipersembahkannya, dan ia memandang sesuatu yang buruk darinya, maka ia tidak melihat kecuali apa yang telah dilakukannya serta memandang apa yang ada di depannya, maka ia tidak melihat kecuali neraka yang persis ada di depan wajahnya. Maka takutlah kalian kepada neraka meski dengan hanya (bersedekah) separuh kurma, dan kalimat yang baik."
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya".

"Wahai Ali ! Jangan engkau mengherdik orang yang meminta pertolongan, sekalipun ia datang dengan naik kuda (berkenderaan) dan berilah ia, kerana sesungguhnya sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah sebelum jatuh ke tangan peminta."

Sahabat yang dikasihi,
Bagaimana mulianya nilai ukuwah Islamiah dan persaudaraan Islam kerana Allah. Kasih sayang seorang saudara kepada saudaranya yang lain mendapat pegiktirafan daripada Allah S.W.T. hingga Dia meghantar khusus seorang malikat untuk menyatakan kasih sayang Allah kepada seorang yang kasih kepada saudaranya semata-mata kerana Allah.


Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Seorang yang keluar untuk mengunjungi saudaranya dikampung yang lain dan Allah mengutus seorang malaikat untuk menunggunya di perjalanan. (Apabila orang itu sampai ketempat dimana malaikat berada) Malaikat bertanya :
'Kemana engkau hendak pergi? '
Dia menjawab : 'Aku pergi kepada saudaraku dikampung ini'.
Malaikat bertanya :' Adakah dia meminjamkan kamu sesuatu yang mana kamu hendak mengambilnya kembali?'
Orang itu menjawab :' Tidak. Kedatanganku semata-mata kerana aku mencintainya kerana Allah'.
Malaikat berkata :' Aku adalah pesuruh Allah yang dihantar kepada engkau untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintainya semata-mata kerana Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)

Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketakwaan, apabila menjalani ukuwah Islamiah maka ianya perlulah  benar-benar ikhalas semata-mata kerana Allah, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah. Dalam satu hadis Nabi S.A.W. ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah S.W.T. di hari akhirat nanti adalah insan yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana-Nya.



Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah adalah satu cara untuk merapatkan ukwah. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud, "Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
(Hadis Riwayat Dailami dari Anas)
Apabila kita melapangkan kesusahan seorang muslim lain maka kebaikan itu akan kita perolehi saamada di dunia atau di hari akhirat.

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah iaitu sifat buruk sangka, kikir, mementingkan diri, dendam, tamakkan harta, berat tangan dan cintakan dunia. Kerana sifat-sifat ini adalah warisan penghuni neraka  yang menjadi sifat syaitan laknatullah.

Jadikanlah diri kita dengan dihiasi dengan sifat mahmudah iaitu sifat pemurah, kasih sayang, berbaik sangka, tolong menolong, ringan tangan, reda, zuhud dunia dan suka kepada kebahagiaan saudaranya yang lain. Kerana sifat-sifat ini adalah amalan penghuni syurga yang mana segala amalan kebaikan di dunia adalah menjadi pakaiannya

Perasaan Dukacita Boleh Menghapuskan Dosa.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah umpama pelayaran kapal di samudera yang luas terbentang. Di dalam kapal ada nakhoda yang mengemudi dan menentukan arah perjalanan kapal menuju ke destinasinya.Ada pembantu nakhoda yang bersama-sama mengendalikan pengurusan perjalanan kapal dan di dalam kapal akan ada anak-anak kapal (kelasi) yang bertungkus lumus untuk memastikan segala keperluan di dalam kapal umpama air bersih, makanan, pakaian dan keperluan-keperluan yang lain semasa masa pelayaran cukup untuk kegunaaan mereka semua.

Di dalam perjalanan yang jauh pasti akan berlaku ombak besar, angin ribut dan gangguan lanun-lanun di lautan yang mana setiap nakhoda dan kelasinya perlu berhati-hati dan berwaspada setiap masa supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Silap pelayaran akan memasuki negara lain dan akan ditahan kerana mencerubuh perairan tanpa mendapat kebenara terlebih dahulu.

Begitulah erti kehidupan sering mengalami kepahitan hidup, perselisihan suami isteri, salah faham dengan ibu bapa mertua dan keluarga sebelah ipar. Anak-anak terikut-ikut dengan pengaruh luar dan kurang  mendapat asuhan yang sewajarnya hingga mendatangkan masaalah  kepada ibu bapa. Kesempitan kewangan keluarga biasanya akan menyebabkan sesuatu rumah tangga akan goncang atau ada pihak ketiga yang menimbulkan bibit-bibit fitnah kepada keluarga tersebut.

Sikap suami yang lepas tangan sebagai ketua keluarga tidak mahu bertanggungjawab sepenuhnya memberi nafkah dan pendidikan kepada isteri dan anak-anaknya atau sikap isteri yang mementingkan diri sendiri dengan aktiviti luarnya yang membimbangkan hati suami kerana ada teman diluar rumah.

Sahabat yang dimuliakan,
Apabila berlaku keadaan seperti ini perlulah diperbaiki puncanya. Apakah punca yang menyebabkan berlaku perselisihan dan ketetakkan rumah tangga? Apakah wang punca segala-galanya?

Jawapannya pasti bukan kewangan yang menjadi punca utama kerana betapa ramai keluarga miskin dikampung-kampung mereka 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang' tetapi mereka hidup rukun damai dan saling reda meredai dan dapat membesarkan anak-anak dengan baiknya dan ada yang mampu masuk ke univesiti.

Apakah formula terbaik untuk mengatasi masaalah seperti ini? Formula terbaik adalah kesemua pihak samaada suami, isteri , anak-anak dan kaum keluarga yang lain memahami ajaran Islam sebenarnya. Perlu diceritakan mengenai dosa dan pahala dan juga syurga dan neraka supaya hati ini ada perasaan takut jika masing-masing lari daripada amanah dan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.

Perlu sentiasa diingatkan hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan rendahkanlah hati untuk menerima kebenaran dan buangkan sikap ego samaada suami atau isteri. Sikap ego dan tak mahu menerima teguran adalah sikap ahli neraka yang mementingkan pendapat sendiri dan tidak mahu bertolak ansur dalam perkara yang harus.

Bila hati kita bersedia untuk menerima tarbiah dan bersedia untuk menerima perubahan dan merasai diri ini bersalah maka akan lahir perasaan dukacita dan menyesal kerana keegoannya selama ini menyebabkan kehidupan makin celaru maka dukacita seperti ini akan mengapuskan dosa-dosanya yang lalu.

Rasulullah S.A.W. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah akan menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapus dosanya.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan dukacita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mana-mana muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi maksudnya : “Bila Aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hamba-Ku samada ke atas badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, Aku malu hendak tegakkan timbangan amalannya” (Hadis Riwayat Muslim)

Orang yang sakit lama dan diterimanya dengan reda, maka diampun dosanya kecuali dosa dengan manusia. Segala musibah ada pampasannya kerana ia datang dari Allah (takdir). Ada pampasan sehingga habis segala dosa. Walaupun, orang yang kena musibah itu hamba Allah, Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hamba-Nya, namun Allah malu hendak menimbang amalan hamba-Nya yang sabar dengan musibah-Nya di hari kiamat.Musibah itu menyedarkan manusia tentang kesalahanya supaya dia insaf dan sedar akan kesalahannya.

Sahabat yang dikasihi,
Perasaan dukacita yang disertai dengan sabar kerana masalah keluarga yang dihadapinya , samaada dukacita kerana suaminya tidak mampu menguruskan keluarga dengan baik atau masaalah isteri yang sukar menerima teguran atau masaalah anak-anak yang tidak mendengar nasihat. Maka perasaan dukacita ini tidak akan sia-sia ianya akan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. dan menghapuskan dosa-dosa kecilnya .

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”

Berakhlaklah dalam mendidik isteri, sebuah rumahtangga bahagia ialah rumahtangga yang dikendalikan mengikut nilai-nilai yang dikehendaki oleh Allah SWT. Tidak boleh dikatakan rumahtangga sekiranya sesebuah rumahtangga itu tidak dapat diatur dan disusun mengikut apa yang dikehendaki Allah SWT walaupun keadaan rumahtangga itu nampaknya tenang dan aman. Dalam hal ini, kebijaksanaan suami dalam mengendalikan rumahtangga menjadi faktor penting untuk mencapai tujuan itu.

Masalah utama yang patut dilakukan oleh suami ialah berakhlak baik dengan isteri dan anggota keluarga di bawah tanggungjawapnya. Maksud berakhlak di sini ialah si suami mestilah seorang penyabar dalam mendidik isterinya. Dalam artikata yang lain si suami mestilah sanggup menghadapi derita dan sengsara disebabkan kerenah isterinya. Ini adalah kerana kaum perempuan itu dijadikan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang lemah dan perlu dilindungi.

Marilah sama-sama kita perbaiki rumah tangga yang bergelora  dengan tenang dan sabar, dan yakinlah kepada Allah S.W.T. setiap kesusahan itu ada kebaikan dan kejayaan. Mungkin Allah S.W.T. ingin menguji kita sebagai suami atau isteri untuk sedar kesilapan masing-masing dan  kembali kepada-Nya dengan mentaati suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Insya Allah akan dapat memasuki syurga-Nya.


Untaian Kata Untuk Seorang Sahabat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه وأتباعه بإحسان إلى يوم الدين.
أما بع:

Aku tidak tau, harus dari mana memulai goresan pena ini??? Aku juga sebenarnya bingung mau menulis apa??? Ya,,,bener-bener bingung???

Tapi pikiran, hati, dan tangan ini selalu mendorongku untuk menuliskan sesuatu buatmu sebelum kita berpisah. Seolah-olah pikiran, hati dan tangan ini berkata: “Ayo akhi, tulislah sesuatu buat sahabatmu yang membuat hatimu bergetar karena ketegarannya dalam menghadapi ujian dari Rabb Alam Semesta ini”.

Ya,,,aku termotivasi merangkai kata-kata singkat ini, karena begitu banyak kisah yang aku dengar tentang dirimu dalam memperjuangkan syari’at yang mulia ini.

Adapun yang ingin aku sampaikan/wasiatkan kepadamu:

      1. Bertakwalah engkau kepada Allah  dengan sebenar-benar takwa, karena dengan ketakwaanlah kemenangan, kebahagiaan dan kemuliaan akan kita dapatkan.
      2. Berpegang teguhlah dengan petunjuk Rasulullah  di manapun engkau berada, karena dengan cahaya Sunnah ini, hidup kita akan menjadi tentram.
      3. Jangan pernah engkau menyerah dan putus asa dari segala ujian, cobaan dan masalah yang menerpa, karena sesungguhnya ujian dan cobaan tersebut merupakan suatu kepastian yang harus kita hadapi apabila ingin mendapatkan kebahagiaan yang hakiki (Jannah).
      4. Janganlah mencari ridho manusia dengan kemurkaan Allah , karena Allah akan murka dan akan menjadikan seluruh manusia murka kepada kita. Tapi carilah ridho Allah  sekalipun manusia murka, karena apabila Allah Ridho maka Dia akan menjadikan seluruh manusia ridho kepada kita.
      5. Berbaktilah kepada kedua orang tua, jangan pernah menghardiknya dan  berkata kasar kepadanya sekalipun dia berlaku keras atau bahkan berbuat kasar kepada kita.
      Balaslah perbuatan kasarnya tersebut dengan kelemah lembutan dan kasih sayang. karena ingatlah, mereka juga manusia yang mempunyai hati.

      Lihatlah sebuah batu yang kokoh dan keras, dia mampu dilubangi oleh tetesan air yang sangat lembut, apalagi hati manusia yang selalu berbolak-balik. Secara fitrah setiap orang tua itu sangat sayang dan cinta kepada anak-anaknya bagaimanapun keras hatinya.

      Oleh karena itu wahai sahabatku, bersabarlah dalam menghadapi mereka, perlihatkanlah akhlak yang baik dan tutur kata yang santun kepada mereka. Laksanakanlah segala perintahnya, selama engkau tidak diperintah untuk berbuat maksiat kepada Allah .

        6. Jadilah permata, yang cahayanya menyinari siapa pun yang dekat dengannya. Permata yang selalu dirindukan oleh orang yang ingin mendapatkan cahaya/petunjuk. Permata yang tak terlupakan oleh setiap orang yang pernah mengenalnya.

        7. Jagalah dirimu dari segala macam fitnah, baik fitnah syubhat maupun syahwat. Janganlah engkau dekati syubhat, karena sesungguhnya syubhat itu adalah kegelapan. Dan janganlah engkau dekati syahwat, karena sesungguhnya syahwat itu adalah kebinasaan.
           8. Segeralah sempurnakan sebagian dari agama ini (menikah), karena menikah itu menentramkan hati, menjaga pandangan dan menjaga kemaluan dari perbuatan yang keji.
            Mungkin hanya ini untaian kata yang dapat aku sampaikan sebagai seorang sahabat. Do’aku, insya Allah akan terus mengalir bagimu. Jazakallah khairan katsiran atas pelajaran berharga yang telah engkau berikan kepada kami dan kebaikan-kebaikan yang telah engkau curahkan. Akhir kata, aku minta maaf kalo ada ucapan, sikap dan perbuatan yang menyakiti hatimu selama bermu’amalah denganku. Barakallohufikum,,,

                                                                                                            Mataram, 27 Februari 2011

                                                                                                                 Ibnu Musa As-Sasakiy



            (Catatan ini aku peruntukkan untuk sahabatku, yang sebentar lagi meninggalkan kota ini untuk balik ke kampung halamannya setelah menyelesaikan study-nya)


             

            Friday, February 25, 2011

            cinta dalam islam

             
            Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku, hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis. Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya

            Thursday, February 24, 2011

            WANITA

             
             
             
            1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
            sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
            kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
            lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
            akan sia-sia.”


            2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
            70 orang lelaki yang soleh.


            3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
            derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
            S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
            neraka ke atas tubuhnya.


            4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
            dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
            seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
            anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-
            olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.


            5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
            (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.


            6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
            perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
            lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
            mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
            adalah syurga.


            7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
            daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
            mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
            neraka.

            8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


            9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah
            panggilan ibumu dahulu.


            10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-
            pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
            pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


            11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
            di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
            beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
            direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


            12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
            siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
            baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
            Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”


            13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
            memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari
            pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.


            14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
            Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
            suaminya (10,000 tahun).


            15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
            beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
            baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
            1,000 kejahatan.


            16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
            Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
            jalan Allah S.W.T.


            17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
            daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


            18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
            setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


            19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
            sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
            orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

            20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.


            21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
            lelaki yang jahat.


            22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
            80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


            23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
            (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu
            yang diberikannya.


            24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
            dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


            25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
            melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
            penuh rahmat.


            26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
            Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
            500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
            malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
            syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
            daripada yakut.


            27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
            anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
            dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
            ibadat.


            28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
            didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


            29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
            berkatkan rezekinya.


            30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
            seperti meyapu lantai di baitullah.

            31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

            32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.


            33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
            puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
            satu pahala haji.


            34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
            akan dianggap sebagai mati syahid.


            35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
            tahun solat.


            36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
            malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
            baginya.


            37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
            Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


            38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
            pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
            akan mendapat pahala 7 tola perak.


            39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
            memasuki syurga.


            40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
            pahala 80 tahun ibadat.


            41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
            tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
            auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

            Thursday, February 10, 2011

            YANG PALING CINTA ADALAH YANG PALING BANYAK MEMBERI

            Hidup manusia tidak akan lari daripada tabiat semula jadi mereka, iaitu saling memerlukan. Bermula daripada sesuatu yang hidup memerlukan kepada yang hidup atau yang hidup memerlukan kepada yang mati, semuanya saling membantu untuk mendapatkan sebuah keperluan yang dinamakan manfaat. Contohnya, manusia sangat memerlukan kepada manusia yang lain untuk memenuhi tuntutan hidup, begitu juga manusia memerlukan bahan mentah (sesuatu yang mati) untuk terus menjalani kehidupan.

            Prinsip ini akan berterusan bagi memastikan keseragaman seluruh siratan kehidupan itu berlangsung dengan tersusun dan baik. Sebelah pihak perlu memberi dan sebelah pihak yang lainnya pula harus menerima. Apabila si penerima sudah mendapat manfaatnya, dia pula harus memberi kepada pihak yang lain (yang memerlukan sesuatu). Konsep ini telah ALLAH taala jelaskan dalam kitabnya yang bermaksud: ‘Bertolong-bantulah kamu kepada kebaikkan dan jangan kamu membantu (bersubahat) dalam perkara kejahatan’



            Pendek kata, kehidupan yang harmoni bertitik-tolak daripada sejauh mana prinsip saling memerlukan (memberi dan menerima) itu terus berjalan dengan baik.

            Memberi dan menerima harus ada titik persamaan yang menjadi arah tujuannya, memberi bukan semata-mata memberi tetapi memberi kerana sebab tertentu. Sepasang suami dan isteri yang saling memberi di antara mereka membuktikan mereka itu saling sayang-menyayangi. Si suami memberikan suapan rezeki dan nafkah buat isterinya, menandakan pemberiannya itu adalah bukti cinta dan kasihnya kepada isterinya. Sikap ini dinamakan memberi kerana cinta dan kasih.

            Ini bermakna, siapa sahaja di kalangan kita yang paling banyak memberikan sesuatu, itu tandanya dia benar-benar cintakan sesuatu tersebut.
            MEMBERI KERANA KEPERLUAN



            Ini adalah tahap pemberian pada kelas yang ketiga. Memberi kerana sebuah keperluan dan menunaikan hajat manusia. Apabila dia diminta untuk membantu, dia segera menghulurkan pertolongan. Yang saya maksudkan adalah doktor sebagai contoh yang mudah.

            Tidak kira siang ataupun malam, seorang doktor akan berkhidmat untuk pesakitnya dan berusaha supaya pesakit yang dirawatnya akan sembuh suatu masa nanti. Tambahan pula, kerjaya sebagai seorang doktor sememangnya memerlukan tahap pengorbanan yang tinggi. Namun, doktor hanya mampu berusaha (memberi sekadar yang mampu) untuk mengubati pesakitnya. Bakinya hanya berserah kepada ALLAH yang akan menyembuhkannya.

            Doktor tidak bekerja sepenuh masa untuk satu-satu pesakitnya, sampai masa mereka akan punch-card dan berehat untuk keperluan peribadinya. Namun begitu, sikap mereka harus dipuji kerana merekalah yang banyak memberi (khidmat tenaga dan kepakaran) dan usaha yang tinggi untuk melihat pesakitnya sembuh daripada penyakit.

            YA, mereka tidak jemu-jemu memberikan khidmat kerana mereka diperlukan dan orang ramai pula memerlukan mereka. Bukan mudah untuk menjadi seorang pemberi yang sanggup mengorbankan masa bersama anak-anak semata-mata untuk kepentingan orang lain. Kadangkala doktor juga memerlukan masa untuk bersama keluarga, namun setengah masa mereka mesti dikorbankan untuk sebuah khidmat (pemberian) kepada masyarakat.

            Saya bersahabat dengan ramai teman daripada bidang perubatan (doktor), istilah
            on-call adalah yang paling dibenci dan tidak disukai, ia bakal mengganggu privacy! Kata orang, kerjaya doktor ‘tak ada Life’ Ia tidaklah bermaksud hidup mereka terumbang-ambing, tetapi life
            mereka telahpun diberikan (diinfaqkan atau dikorbankan) kepada pesakit mereka.

            Nampak tak? Betapa besarnya sebuah pemberian seorang doktor – itulah namanya pengorbanan. Kerana satu keperluan, mereka tidak henti-henti memberi.MEMBERI KERANA TANGGUNGJAWAB DAN KASIH



            Mereka memberi tanpa ada batas waktu, tanpa membezakan rasa terseksa atau menyusahkan. Diri mereka tegar apa sahaja yang bakal dihadapi, namun insan tersayang yang berada di sisinya perlu dahulu disenangkan.

            Ibu dan bapa.

            Jika seorang doktor kerjayanya tertakluk kepada masa tertentu, namun tidak bagi seorang yang bergelar ibu dan bapa. 24 jam itu adalah ‘
            waktu pejabat’
            mereka menaburkan khidmat. Bermulanya kerja mereka tanpa ada masa pengakhiran sehingga jika diminta untuk bergadai nyawa sekalipun ia jua termasuk dalam senarai pekerjaan mereka. Soal gaji dan bayaran usah ditanya, selagi ada kuasa dan kudrat untuk memberi, tanpa upahpun mereka mampu bekerja. Tinggal lagi kita sebagai anak terus untuk cuba memahami perasaan mereka.

            Ibu mulai memberi sejak kita berada di dalam kandungannya, ketika itu kita belum hidup sepenuhnya. Siapa sangka, bermula detik itu ibu sudah mula memberikan khidmat serta jasa. Walaupun ia dinamakan tanggungjawab namun jauh dari sudut itu pemberian seorang ibu bukan sekadar melepaskan soal tanggungjawab sahaja tetapi juga untuk kesejahteraan anaknya nanti.

            Kerana ibu sangat cintakan anaknya, pemberian mereka melebihi segala-galanya.

            Jangan bertanya soal kasih sayang, ibu mana yang tidak kasihkan anak kecilnya, ibu mana yang mahu melihat anaknya terseksa dan merana. Tiada seorang ibupun yang rela akan semua itu. Pemberian ibu adalah melebihi segalanya. Bapa jua begitu, pada ibu dan ayah biarlah pemberian untuk diri-sendiri itu tidak sempurna atau cukup, asalkan anak-anak mereka dapat merasa apa yang diberikan oleh mereka.

            Percayalah, semua pemberian itu berharga percuma! Walaupun harganya lebih tinggi dari segunung emas.

            Cubalah tanyakan pada ibu, apa sebab mereka bersungguh-sungguh mahukan anak mereka berjaya. Nanti jawab ibu: itulah hadiah yang paling berharga. Sambil-sambil itu ibu tersenyum manis, membelai lembut ubun-ubun kita. Terasa seperti di syurga.

            Cuba tanyakan pula ketika ibu duduk berseorangan, adakah ibu tidak merasai penat dan lelah? Nanti jawab ibu: penat ibu akan hilang jika apa yang sudah diberikan dan ditaburkan memberi kepuasan untuknya. Ketika itu, ibu akan tenang saat menutup mata dipanggil Ilahi.

            Akhirnya, tanya jua pada diri sendiri, apakah bakti (pemberian) kita kepada mereka kerana kesungguhan dan penat lelah mereka? saya percaya kita sukar mencari jawapannya. Doa sahaja belum memadai untuk membuktikan kita jua boleh memberi, sampai bila-bilapun kita tak akan mampu membalasnya.

            Selepas ibu dan ayah berusaha memberi, apakah yang kita mahukan daripada hasil berian mereka? menjadi anak yang baik atau sebaliknya?


            MEMBERI TANPA MEMINTA



            Pernahkah anda menghitung berapakah jumlah rezeki dan suapan makanan yang telah anda perolehi sepanjang hidup anda? kemudian, berapa banyakkah oksigen yang sudah anda hirup sepanjang hidup tanpa pernah berlaku sesak nafas walaupun seminit? Seandainya dihitung-hitung, berapa Ringgit Malaysia yang sanggup anda laburkan untuk itu?

            Sudah! Lupakan sahaja hasrat untuk membayarnya atau menebusnya dengan wang ringgit, kerana sememangnya anda tidak mampu untuk melangsaikannya. Lagipun ALLAH tidak menuntut semua itu daripada kita. Lalu susahkan untuk kita taat berbanding pemberiannya yang
            free itu?Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq
            membuktikan ALLAH itu pemberiannya tanpa perlu dibayar dan diminta untuk memulangkannya semula. Jika oksigen yang diberi, bukan pulangannya oksigen, Tuhan tidak perlukan semua itu, DIA memberi bukan untuk mendapatkan sesuatu daripada hamba-Nya tetapi memberi dan terus memberi kerana kasih akan manusia.

            Sifat Ar-Rahim pada ALLAH taala itu melewati segala peri kemanusiaan, pada yang beriman diberikan nikmat, pada yang kufur juga diberikan oksigen yang sama, pada yang ingkar juga tidak putus-putus rezeki dikurniakan untuk mereka. Tiada satupun ciptaan-Nya yang tertinggal dalam pemberian-Nya. Hanya manusia yang kurang reti untuk melahirkan rasa syukur (bagi yang beriman). Lantas Tuhan menyatakan kekesalannya pada manusia bahawa: ‘Dan hanya sedikit di kalangan hamba-Ku yang bersyukur’



            Kata-Nya lagi: ‘Barangsiapa yang bersyukur (dengan pemberian-Ku) maka akan Ku-tambahkan nikmat untuk kamu, sebaliknya bagi yang kufur untuk mereka azab yang amat berat (pedih) seksaannya’


            ALLAH itu boleh saja jika DIA mahu menarik segala pemberian-Nya kepada manusia pada bila-bila masa sahaja. Bayangkan jika ditarik sekejap pinjaman oksigen selama setengah jam bagi mereka yang meninggalkan solat Subuh atau pada mereka yang melakukan rasuah, apa yang akan terjadi dengan situasi itu? Yang jahat akan kembali ke pangkuan jalan dan taat akan terus taat. Pastinya solat Subuh tidak akan ada seorangpun yang berani meninggalkannya.


            Namun, ALLAH tidak begitu sifatnya. Beri dan terus memberi tanpa mengenal siapa yang memusuhinya atau mengingkarinya. Pada yang taat, pasti terus mendapat rahmat-Nya.PENUTUP


            Lalu, siapakah yang layak digelarkan sebagai pencinta sejati? Anda sendiri mampu melampir jawapannya dengan membandingkan sejauh mana hasil pemberian anda. Kata pujangga: ‘Cinta itu pada siapa yang memberi. Semakin banyak anda memberi cinta, semakin banyak anda memperolehi cinta’


            Untuk memberi tidaklah sukar, cuma perlukan kesanggupan, ditambahkan sedikit dengan rasa cinta. Siapa yang paling tinggi cintanya, dialah yang paling banyak memberi.

            _________________________________________
            Nota Kehidupan (1): Baru-baru ini beg saya keciciran di KLIA, termasuklah tiket untuk saya pulang ke tempat belajar hilang bersama-sama beg tersebut. Terima kasih buat semua yang berusaha membantu saya, terima kasih teman-teman!

            Nota Kehidupan (2): Akhir ini, setiap kali menyuapkan makanan ke mulut ayahanda, saya menitiskan air mata seorang diri.
            Nota Kehidupan (3): Banyak perkara yang bakal saya tangisi nanti, tak tahu di mana silapnya. Saya bakal kehilangan suasana lama ketika saya mahu membina suatu yang baru dalam kehidupan. Kini, saya amat berharap sebuah keajaiban daripada TUHAN!
            Azalea Wad 904, Hospital Tawakal, Jalan Pahang – 5 Ramadhan / 0748 am


            [Usah Jemu Memberi]


            MOHD AFIQ MOHD SALLEH

            KETAHYULAN HANTU JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA

            Saya hendak menulis tentang hantu. Kerana ia juga berupa kehidupan. Makhluk ghaib yang makan dan minum seperti kita. Beriman dan akan dihisab seperti manusia bila sampai masa di akhirat nanti.


            Barangkali mereka juga bercinta saya pun tidak pasti. Kalau tidak, masakan ada manusia yang sudi berkawan dengan jin.

            Saya menulis artikel ini di siang hari supaya tiada yang cuba ‘mengganggu’ tempoh penulisan saya kalau ianya ditulis di malam hari. Takut pun ada juga, tetapi kita punyai ALLAH taala, dan DIA lebih berhak saya takuti.

            Ia bukanlah bidang atau genre dalam penulisan saya, saya menulisnya sekadar ia sebuah kehidupan dan perkongsian dengan khalayak tentang kepentingan iman dalam I’tikad sebagai seorang yang mengakui dirinya Muslim.

            HANTU, JIN DAN MAKHLUK GHAIB

            Jika orang bertanyakan saya tentang hantu: ‘Percaya atau tidak ada hantu di zaman moden ini?’

            Soalnya bukan di zaman moden atau kuno, tidak kira di era mana sekalipun, pokoknya saya mesti mengimani adanya makhluk ghaib yang tidak bisa dilihat oleh mata kasar, mereka hidup di sekeliling saya dan juga anda. Hantu cuma pengistilahan oleh orang-orang melayu dahulu untuk menyatakan kewujudan hidupan ghaib yang perlu dipercayai.

            Kalaulah hantu itu berupa jelmaan daripada makhluk ghaib atau jin, saya wajib mempercayainya atas dasar firman ALLAH taala: wallazina yu’minuuna bilghoibi, wayuqimuuna as-solah (orang-orang beriman itu, mereka mempercayai adanya perkara-perkara ghaib dan mendirikan solat..) – Surah Baqarah ayat 3.

            Lalu, mengingkari kewujudan hantu (perkara ghaib) boleh mengundang kufur kerana ia adalah salah satu cabang daripada rukun keimanan.

            Maka, fahamlah kita bahawa hantu adalah jelmaan makhluk halus atau hidupan ghaib. Tidak percaya kepada hantu samalah seperti tidak percaya akan kuasa dan perkara-perkara ghaib kerana ia telah pun disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran. Tidak mempercayai kalam Tuhan beerti kita sudah mengingkari akan ALLAH taala.

            Saya terlalu sinis jika ada sesetangah mereka yang tidak mempercayai kewujudan hantu dan spesisnya, Kata mereka: ‘Di tengah-tengah bandar ni mana ada hantu?’ Saya tahu, kata-kata seperti itu sekadar mahu menyedapkan hati agar mereka tidak berasa takut untuk berjalan di malam hari, sedangkan mereka tetap mempercayainya.

            Tetapi, harus beringat jika ungkapan kata seumpama itu disertakan dengan I’tikad, ia boleh membawa kepada perlakuan kufur kerana menyanggah salah satu daripada cabang keimanan dalam agama.

            Justeru, apa yang menjadi ‘hantu’ kepada kepercayaan masyarakat Melayu yang selalunya mengundang syirik adalah kerana mereka terlalu mempercayai bahawa hantu boleh memudhoratkan manusia, bahkan kuasa hantu melebihi kuasa Tuhan. Ia bukan sekadar kufur tetapi sudah jatuh ke dalam lembah syirik.

            Ketakutan kepada kuasa hantu yang kononya bisa memberi mudhorat kepada manusia sudah melebihi takutnya mereka kepada ALLAH taala. Takutkan suasana malam kerana bimbang kalau-kalau munculnya jembalang, sedangkan hantu bisa muncul bila-bila masa kalau mereka mahu. Sudah saya katakan, mereka ini adalah hidupan yang tidak nampak tetapi ada di sebelah kiri, kanan, atas dan bawah manusia.

            Inilah tabiat orang Melayu, takut pada sesuatu yang nampak sahaja, mana yang tidak nampak, semuanya dilanggari. Itu sebablah banyak hukum ALLAH yang tidak dipatuhi, barangkali kerana Tuhan itu tiada di depan mata mereka.

            Perasaan 'Takut-takut' mereka diburukkan lagi dengan kebanjiran filem-filem hantu yang tahyul lagi karut-marut. Menggambarkan perkara ghaib dengan sesuatu yang buruk dan dasyat. Anak-anak pula diajarkan dengan takutkan hantu terlebih dahulu melebihi takutkan Tuhan.

            Tidak salah takutkan makhluk ghaib seperti mana anda takut daripada dibaham binatang buas, tetapi jangan melaratkan perasaan takut itu melebihi takut kepada Pencipta makhluk ghaib iaitu ALLAH taala.

            Hantu boleh menjadi Tuhan kepada manusia, tetapi Tuhan takkan menjadi hantu untuk manusia. Pendek kata, saya mahu menyimpulkan bahawa percaya kepada hantu adalah kepercayaan kepada makhluk ghaib yang mesti diimani oleh manusia. Namun, takut kepada hantu tidak sama konsepnya dengan takut kepada ALLAH.

            Hantu, jin atau makhluk halus tidak boleh memberi mudhorat atau manfaat tanpa izin dan kuasa daripada ALLAH terlebih dahulu.

            Sekarang anda sudah nampak siapa yang lebih berkuasa? Pilihlah untuk anda takut kepada siapa? TUHAN ataupun HANTU.

            Namun, percaya tetap percaya, beriman tetaplah beriman.

            PENGALAMAN & CERITA TEMAN-TEMAN

            Saya tiada pengalaman berhadapan dengan hantu dan tidak berharap untuk mempunyai atau memiliki pengalaman seperti itu. Namun, I’tikad saya tetap kuat mempercayai kewujudan hantu atau yang seumpama dengannya. Pada saya, mereka wujud di alam mereka dan hidup seperti mana kehidupan yang diberi oleh ALLAH taala kepada mereka.

            Hanya suatu ketika, adik saya pernah diganggu oleh makhluk halus selepas terjaga dari tidur. Seingat saya ia berlaku di wantu senja dan dia menangis sambil berlari-lari di sekeliling ruang tamu rumah saya, katanya dia melihat ada seseorang yang hodoh di tangga melambai-lambai memanggilnya.

            Saya hanya seorang diri bersamanya kerana ahli keluarga keluar membeli barang. Sangat seram!

            Selepas beberapa minit dan dibacakan dengan ayatul Kursi ia hilang dengan sendirinya. Sejak peristiwa itu, saya meyakini manusia lebih berkuasa berbanding ‘mereka’

            Dahulu, sememangnya saya gemar menonton filem dan membaca cerita hantu walaupun saya ini bukanlah seorang yang berani. Cuma kini sudah agak lali dengannya, membaca sekadar suka-suka yang boleh menambahkan pengetahuan.

            Janganlah kerana takutkan hantu, sampai tidak berani untuk ke tandas seorang diri, sedangkan ia cuma beberapa langkah dari ruang tamu. Jangan pula bila disuruh ke kedai yang perlu melintasi kawasan perkuburan anda menolak kerana takutkan hantu pocong yang melompat-lompat.

            Kerna itulah saya katakan, mempercayai hantu dan makhluk ghaib adalah suatu perlu, tetapi takut akannya secara berlebih-lebihan adalah tidak perlu apatah lagi jika ia boleh mengundang syirik.

            Ada satu amalan mudah yang dianjurkan oleh Nabi saw untuk menghindari daripada segala gangguan makhluk halus atau hantu. Dari Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesiapa yang mengucapkan diwaktu pagi dengan ucapan ini (au’zubillahissami’il a’limi minassyaitonir-rojim), maka dia dilindungi dari gangguan syaitan yang direjam hingga ke petang’ (HR Ibn Al-Sunni)

            Amalan lain pula, Dari Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda; ‘Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah alBaqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya’ (HR Al-Darami dan Baihaqi)

            Ini adalah amalan turun-temurun Nabi saw dan Para Sahabat sejak dulu lagi, ia diamalkan setiap hari sebagai zikir harian bukan diamalkan ketika hantu muncul sahaja. Tidak rugi anda mengamalkan zikir seperti ini, di samping dapat menghindari gangguan ia juga sebagai zikir untuk mendekatkan diri anda kepada ALLAH taala.

            Kehidupan kita dan ‘mereka’ adalah berbeza, jika kita saling menghormati, tiada sengketa atau gangguan yang akan terjadi. Kerana ALLAH lebih mengetahui akan setiap kejadian yang diciptakan.

            ______________________________________

            Nota Kehidupan (1): Saya lebih bimbangkan ‘hantu’ di kalangan ahli politik kerana ia merupakan problem umat yang terbesar. Selagi ada hantu dalam arena ini, selagi itulah rasuah akan bermaharajalela. Bacakan Yaasin supaya mereka terbakar!

            Nota Kehidupan (2): Jika diberi pilihan, saya lebih suka menonton filem komedi romantik daripada menonton filem hantu. Saya suka watak ustaz lakonan Eizlan Yusof dalam filem Damping Malam yang bersahaja berbanding watak Asyraf Muslim dalam Puaka Niyang Rapik.

            Nota Kehidupan (3): Kata seorang teman saya: ‘Di Negara Arab tidak ada hantu kerana tiada pokok, semuanya padang pasir. Habis, hantu nak menyorok kat mana?’

            [Usah Jemu Memberi]
            PENULIS MOHD AFIQ BIN MOHD SALLEH

            CUMA NOTA KEHIDUPAN



            NOTA KEHIDUPAN (1): Biasanya saya akan bikin secawan kopi untuk menaip sebuah artikel. Tak perlukan modal yang banyak atau rujukan yang tebal-tebal, secawan Nescafe membukakan banyak ruang idea untuk saya menulis. Kalau tiada idea juga, saya bikin secawan lagi.

            Tanpa tekanan dan gangguan luar saya boleh melangsaikannya dalam masa setengah jam. Namun jika diganggu (waimmah bunyi jarum jam sekalipun), ia akan tertangguh selama beberapa hari. Saya bukanlah orang hebat menulis, kerana itu saya perlukan tumpuan yang teliti untuk menulis sesuatu.

            Kadangkala, saya menulis di dalam dewan kuliah ketika pensyarah sedang giat berceramah (jangan tiru macam saya). Namun, apa boleh buat, idea datang tidak bertempat, saya harus manfaatkan kehadirannya sebelum ia hilang begitu sahaja. (oh! Kejamnya)

            Saya mesti memberi sesutau kepada khalayak setiap minggu. Kerana itu janji saya. KEHIDUPAN itu berjalan setiap masa, tiada ruang untuk bermain jika mahu banyak menabur jasa.
            ____________________

            NOTA KEHIDUPAN (2): Dahulu cita-cita saya mahu menjadi seorang doktor atau pakar bedah, namun selepas 20 tahun saya berfikir, saya mesti menolak impian itu dengan terpaksa kerana saya harus akui bahawa saya seorang lelaki yang takutkan darah (adeh!) dan lekas kasihankan sesuatu.

            Saya tak boleh menjamah ayam atau lembu atau kambing yang disembelih di depan mata saya. Oh, saya tidak sanggup menelannya kerana ia seolah-olah (tak mampu saya sebutkan)…

            Kerja-kerja menyembelih ayam di kampung diambil alih tugasnya oleh adik saya. Saya rela mengambil tugas yang lebih berat daripada itu seperti mengejar dan menangkap ayam keliling kampung daripada melihat darah yang mengalir seperti cerita vampire!

            Ah, KEHIDUPAN kita memang berbeza-beza, tetapi ia dijadikan untuk melengkapkan antara satu sama lain.
            ____________________

            NOTA KEHIDUPAN (3): Saya suka berjalan-jalan (pendek kata merewang dan melepak) di tempat-tempat baru. Dengan cara itu saya beroleh sesuatu, yang paling penting ia berguna untuk penulisan saya. Situasi sekeliling adalah bahan penulisan saya yang paling efektif. Rakan-rakan saya adalah bahan penulisan yang paling dekat untuk saya jadikan mereka sebagai uji kaji (lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkahwin, hehe) mereka adalah mangsa yang paling seronok untuk saya menulis.

            Kadangkala, saya tersenyum sendiri melihat pasangan ini. Ada orang bertanya kepada saya “dari mana dapat idea menulis tentang rumah tangga sedangkan saya belum pernah berkahwin?” Sukar untuk menjawabnya. Menulis berkenaan senario rumah tangga adalah yang paling unik untuk saya, kerana ia memerlukan pengalaman yang mesti dirasai sendiri.

            Saya mencari pengalaman itu melalui bahan bacaan, pemerhatian di sekeliling (terutama rakan sendiri) dan menonton drama-drama Melayu di televisyen. Cerekarama adalah paparan realiti masyarakat melayu yang paling sesuai untuk rujukan saya menulis. Nasihat saya, untuk pasangan yang sudah atau akan berkahwin, banyakkan menonton drama melayu yang bertemakan KEHIDUPAN, anda akan kekal bahagia. Percayalah, Saya sedang merasainya walaupun ketika ini saya masih berstatus bujang!
            _____________________

            NOTA KEHIDUPAN (4): Suatu petang, saya terfikir sesuatu. Mengapa masih ramai manusia yang tidak memanfaatkan kedua-dua kehidupan mereka ataupun paling kurang salah satu daripada keduanya. Dua KEHIDUPAN yang saya maksudkan adalah dunia dan akhirat.

            Kalaupun mereka merasakan potensi untuk berjaya di dunia ini tidak terlalu cerah, sekurang-kurangnya mereka beralihlah untuk menumpukan sepenuh kehidupan mereka kepada akhirat pula. Ini tidak, dunia pun mereka abaikan, akhirat jauh sekali.

            Syurga itu tersangat luas, siapa sahaja yang berlumba untuknya pasti akan beroleh isinya. Neraka pula tidaklah terlalu sempit untuk menerima tetamunya. Saya membayangkan, sudahlah mereka miskin di dunia, di akhirat nanti miskin dengan amalan lalu ke neraka destinasi terakhir mereka. Cukup malang!
            ____________________

            NOTA KEHIDUPAN (5): Umpama dua orang penoreh getah, seorang bernama Azman dan seorang bernama Tajul. Namun Tajul seorang yang pemalas dan gemar mencuri tulang. Mereka datang ke ladang getah pada waktu yang sama dan pulang pada waktu yang sama iaitu selepas zohor.

            Tajul lebih gemar menghabiskan masa menorehnya dengan merokok dan berehat sedang Azman mengambil peluang menghabiskan sebanyak mana pokok getah yang mampu ditoreh. Biasanya, hasil daripada Razman lebih banyak berbanding Tajul. Namun, Tajul tidak kisah itu semua, yang penting dia dapat berseronok dan memuaskan hatinya. Yang penting kerjanya berjalan, sudah!

            Setelah seharian bekerja, Azman mampu mendapat 3 tong getah manakala Tajul hanya setengah tong. Begitulah umur manusia, kita diberi tempoh umur yang sama, tetapi sejauh mana kualiti amalan yang sudah kita manfaatkan. Adakah seperti Azman atau Tajul? kehidupan yang sukses adalah yang sentiasa menjaga kualitinya.

            Saya pasti, bagi mereka yang gemarkan gaya serta mutu, mesti mereka akan memilih pakaian yang mempunyai branded (kualiti) yang mahal, namun, mengapa ia tidak pada sebuah KEHIDUPAN?
            _____________________

            NOTA KEHIDUPAN (6): Kerana ejaannya sudah berlainan, maka maknanya juga berbeza. Saya tidak akan menyamakan makna antara seorang sahabat dan kawan. Saya bersyukur kerna dikurniai ramai kenalan berupa rakan dan lebih bersyukur kerana mempunyai sedikit sahabat. Bagi saya, sedikit itu sudah menyamai ramainya kawan yang saya sempat saya kenali.

            Kuasa sahabat amat besar, ia telah merubah seluruh lanskap kehidupan saya. Saya banyak berubah kerana kekuatan mereka. Saya menjadi baik kerana kebaikkan mereka. Saya melalui itu semua ketika bersama sahabat tetapi tidak ketika bersama kawan-kawan.

            Saya mendapat makna sebuah KEHIDUPAN saat susah bersama sahabat tetapi tidak ketika bersama kawan-kawan. Hampir suku abad saya berpeluang diberi hidup, tidak sampai 10 orang sahabat hidup dan mati saya. Kalau boleh, biarlah mereka menjadi sebahagian daripada hidup saya dan dikuburkan dalam satu pusara nanti.

            Kehilangan mereka adalah kehilangan kehidupan saya. Saya perlu akui, sedikit demi sedikit saya telah merasai akan kehilangan itu. Biarlah syurga menjadi tapak pertemuan semula.
            ____________________

            NOTA KEHIDUPAN (7): Selepas peristiwa pahit dalam urusan percintaan saya, kini saya lebih berhati-hati dengannya. Menjadikan saya tidak mudah untuk menjatuhkan satu-satu keputusan lebih-lebih lagi berkaitan dengan rasa itu. Ia bukan mudah, ia memerlukan saya untuk menjawab satu daripada 1000 persoalan tentang perasaan dan cinta. Sehingga sekarang, saya amat sentisitif akannya.

            Saya bertanya: adakah persahabatan itu memungkinkan sebuah percintaan? Lalu jawabnya YA walaupun tanpa pertemuan dua mata dan walaupun hanya mendengar akan kebaikkannya, kita mampu jatuh cinta. Kalau anda tidak percaya? Saya sudah laluinya.

            Selepas saya merasai beberapa kisah manis dan pahit akannya, saya mula menyimpulkan sesuatu untuk hidup saya, bahawa kita sukar untuk gembira selagi tidak mendapat apa yang kita cintai, tidak kiralah yang dicintai itu berupa manusia atau benda.

            Saya bertanya pula: bolehkah kita merasai kegembiraan jika apa yang ditakdirkan menjadi milik kita sesuatu yang tidak kita cintai?

            Kita akan memperoleh jawapan yang berbeza apabila kita menjalani KEHIDUPAN ini dengan jalan yang kita mahukan. Bukan bermakna kita mahu membidas akan perjalanan takdir, tetapi kita mesti belajar bahawa susunan Tuhan itu sangat luar biasa.

            Ketahuilah,

            Membuang sebuah cinta lebih sukar daripada memilikinya
            .

            CERPEN MONOLOG : TERAKHIR DIMUSIM BUNGA


            Siang terasa pendek, malam pula seperti deras berganti cerah. Pertukarannya terlalu cepat silih gantiannya. Amat pantas rupanya masa berlalu pergi.

            Bahang musim panas belum lagi puas teriknya dirasai, sudah tiba pula musim bunga.

            Biarpun belum sempat untuk aku melakar impian dan memori yang indah-indah bersamanya. Ukhwah seolah menoktahkan tali yang selama ini mengikat perhubungan kami.

            ‘Rupanya, dia sudah mahu pergi meninggalkan aku’

            Sungguh tidak percaya bahawa aku pernah bertemu dengannya. Dan kini aku harus berpisah. Seolah dipaksa untuk peninggalan yang sementara ini, tetapi dia harus pergi kerana punyai cita-cita sendiri.

            ‘Aku yakin dia tak akan melupakan persahabatan ini’

            Sungguh mulia tanah ini, mempertemukan aku juga dengan insan yang mulia. Lalu menjadikan aku manusia yang mulia lebih baik dari dahulu. Dia sahabat yang mulia kerana berjaya memuliakan diri aku. Hingga sekarang aku bisa digelar manusia.

            ‘Tuhan, adakah dia tahu bahawa setiap saat aku terus mendoakan kebaikkan untuknya?’

            Tuhan diam, tetapi aku yakin DIA Maha Mendengar.

            Aku tidak mahu memanggilnya kawan atau teman, tetapi dia adalah sahabat. Bahkan aku telah menganggapnya lebih daripada itu. Dia mungkin tidak mengetahui, tetapi aku acapkali meluahkannya dalam tindak-tandukku kepadanya.

            Jangan ditanya kenapa dia pergi terlalu cepat, kerana pergi akan pergi jua. Lagipun dia bukan pergi untuk selama-lamanya, tapi aku merasakan ia sebuah pemergian yang agak luar biasa. Anggotaku seolah-olah sudah hilang satu daya kekuatan. Kini pun aku seakan merasainya walaupun dia masih di depan mataku.

            ‘Tuhan, adakah aku hanya berseorangan melayan perasaan ini?’

            Tuhan diam lagi, namun aku yakin DIA Maha Mengetahui isi hatinya.

            Percayalah, aku tidak bisa memadamkan wajahnya dari dalam hatiku, aku juga tidak mampu membuang budinya yang banyak berjasa untukku. Buang bererti aku akan kehilangannya untuk selamanya.

            ‘Tuhan, adakah masih bisa untuk pertemuan kali kedua nanti?’
            ……………………..

            Prolog - ii

            Lazimnya, aku menjadi tempat luahannya walaupun dia tidak tahu ketika itu aku punyai gelisah sendiri. Kalaupun bukan aku yang menjadi tumpangan deritanya, sekurang-kurangnya dia gembira bila aku sudi menjadi pendengar setianya.

            Ya, aku setia hingga kini. Sedihnya adalah sedih buat-ku jua. Mana bisa aku sanggup membiarkan dia menangis keseorangan. Akhirnya, aku akan buat-buat menangis agar dia terus selesa bertemankan aku. Bukanlah niatku mahu berbohong, tetapi dia sahabat yang tidak harus tahu apa erti kesedihan. Kerana aku mahu dia terus gembira.

            ‘Adakah dia harus tahu bahawa dia tidak pernah keseorangan bila dia di kejauhan?’

            Kerana aku sentiasa ada walaupun dalam diamnya dia tidak mengetahui.

            Aku mengenalinya sebelum dia mengetahui siapa diriku. Pertama kali wajahnya ku lihat, entah kenapa aku terasa dirinya mempunyai banyak persamaan. Dia punyai kebaikkan budi yang tiada pada orang lain.

            Dia tidak pernah menganggap permintaanku sebagai satu kesusahan, bahkan dia tersnyum bila aku meminta sesuatu darinya. Dia tidak menghadiahkan aku bunga sebagai ingatan, tetapi memberikan budi sebagai balasan.

            Tinggal beberapa purnama lagi untuk memasuki musim bunga, kerana bunga yang gugur akan menjadi saksi perpisahan kami. Aku tidak terlalu takut jika kehilangannya, namun lebih gusar jika kehilangan jalinan dan ukhwah yang pernah diikat dahulu. Aku tidak pernah berjanji untuk sehidup semati dengannya, tapi apa salahnya untuk aku terus mengambil budi daripadanya.

            ‘Layakkah aku mendampinginya untuk satu musim lagi? Atau bisa untuk terus selama-lamanya?

            Bumi kinanah ini telah menjadi medan suka dan duka untuk kami.

            Pernah aku memarahinya, namun dia melaluinya dengan salamatu sodri, mahu ku-angap dia persis malaikat yang tiada rasa untuk bermasam muka. Bahkan dia dahulu yang menghulurkan tangan tanda kemaafan.

            ‘Ah, manusia jenis apakah dia ini?’

            Aku punyai ramai teman, tetapi aku temui nilai persahabatan hanya ketika bersamanya. Adakalanya bila aku berduka, aku tetap terasa ramai kerana tangannya sentiasa ringan membantuku.

            Apabila aku sudah memahami apa itu persahabatan, kesusahannya bukan lagi beban buatku. Apabila aku telah mengerti apakah erti ukhwah, kepayahannya bukan lagi menjadi kesakitan untukku. Kerana sampai bila-bilapun budinya takkan mampu aku tunaikan apatah lagi untuk membalasnya sebagai galang ganti.

            Biarlah Tuhan sahaja yang membalasinya.

            Prolog – iii

            Biarlah orang berkata dia tidak cantik, namun dia cantik pada mereka yang pernah mengenalinya. Bukan aku seorang yang berkata begitu, bahkan ramai orang yang gembira saat bertemu dengannya. Sejuk perut ibu yang melahirkannya, tenang jua hati ayah yang membesarkannya.

            ‘Tuhan dengarlah apa yang ingin ku sampaikan ini, bahawa dia sahabat-ku yang baik’

            Aku tahu benar apa kegemarannya. Aku juga tahu apa minatnya. Dia pasti ingat pemberian ku dahulu, walaupun ianya tidak seberapa, namun ia melebihi daripada sebuah keterujaan kerana dia sudi menerima dengan seadanya.

            Mengungkapkan nilai sebuah persahabatan tidak cukup hanya dengan selajur syair atau ungkapan kata-kata tetapi dibuktikan dengan pengorbanan. Pada dia, ada pengorbanan yang tidak ada padaku. Aku berubah kerananya, dan aku menjadi baik adalah kerana kebaikkannya.

            Terasa baru saja halwa musim sejuk menyapa, sungguh banyak memori yang aku dan dia cipta ketika itu. Aku tidak melupainya, saat bersiar-siar dan berjalan melihat kebesaran ALLAH jauh ke bumi Syam. Itulah satu-satunya kenangan yang akanku memoirkan dalam apa jua diari kehidupanku.

            Apabila orang bertanyakan kepadaku siapakah sahabatmu yang baik itu? Aku tidak akan memperkenalkan siapa dia, tetapi aku akan menyebutkan kebaikkan serta budi yang pernah diberikan kepadaku.

            Bulan ketahuilah, dia lebih cantik cahayanya daripadamu kerana budinya.

            Matahari ketahuilah, dia lebih bercahaya daripadamu kerana kebaikannya.
            ______________________________

            Adam meletakkan pen, cukup untuk malam ini luahannya. Dia akan terus menulis sehingga tiba musim bunga nanti.

            Bersambung…

            [Usah Jemu Memberi]

            Wednesday, February 9, 2011

            CERPEN : SEPASANG MATA INI

            






            MENJADI CANTIK YANG SOLEHAH (2): MENGEKALKAN NILAI KEMUSLIMATAN




            ‘Apa yang menyebabkan Abang Long terpikat dengan Kak Nur? Macam mimpi je, saya sangka Abang akan memilih yang lebih baik’ Suatu petang kami berbual, tiba-tiba terlintas dari mulut Azman bertanyakan saya soalan ini.

            ‘Kak Nur adalah yang terbaik yang pernah Abang temui. Percaya?’ Balas saya.

            ‘Gadis kampung yang cuma bekerja di kilang?’ Dia cuba menduga saya.

            ‘Ya!’ Jawab saya lagi.

            ‘Kan Abang boleh cari yang lebih baik daripada tu? Yang berjawatan setaraf dengan Abang Long’

            ‘Kamu tahu Man, betapa susahnya nak mencari yang berbudi macam Kak Nur kamu tu? Walaupun tiada lulusan yang tinggi-tinggi, tapi budinya tinggi tau!’ Memahamkan seorang yang berasal dari bidang akademik sepertinya agak payah. Saya cuba memberikan dia kefahaman dengan jawapan yang dia sendiri cari.

            ‘Hanya kerana budi je Abang Long buat keputusan nak berkahwin dengan Kak Nur? Ajaib!’ Azman bertanya lagi, kali ini nampak seperti dia semakin memahaminya.

            ‘Man, kamu mahu kalau isteri yang cantik dan berjawatan tinggi tetapi pemalas, bersikap buruk dengan suami dan tiada adab sopan?’ saya pula mahu menduganya. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

            ‘Tak naklah bang’

            ‘Kalau begitu, carilah yang berbudi’ Lama dia berfikir. Lalu dia bersuara lagi, kali ini mengenakan saya pula.

            ‘Habis tu, bila nak makan nasi minyak bang?’

            ‘Ish, kamu ni Man. Ada-ada je! Lambat lagilah’
            _________________________________

            BUKAN PADA PAKAIAN SEMATA



            Pada seri seorang wanita itu, yang dipandang adalah pada zahirnya terlebih dahulu. Begitulah selalunya pentafsiran dan pandangan seorang manusia. Jika baik luarannya, baik juga dalamannya. Ya, itu adalah prinsip yang tepat dalam penilaian manusia. Kita bukan Tuhan yang mampu menghukum mana-mana manusia sebagai baik atau buruk. Apa yang dipandang itulah yang ditafsirkan.

            Pakaian. Ia adalah penilaian yang paling mudah untuk dinilai. Tetapi ia bukanlah tafsiran 100% untuk mengatakan seorang itu baik.

            Dalam membincangkan soal akhlak, ia tidak tertumpu semata-mata kepada aspek pemakaian sahaja, jauh dari sudut itu adalah soal ‘nilai tambah’ yang membolehkan seseorang itu menjadi muslimat yang mempunyai ciri-ciri kemuslimatannya dan jua menjadikan dia lebih istimewa. Tudung sahaja belum memadai jika tingkah-lakunya masih persis ‘wanita murahan’. Menutup aurat juga tidak bererti jika tutur katanya tidak ‘ditutup’ dan dijagai rapi.

            Menutup aurat dan berpakaian dengan baik mengikut garis pandu agama adalah soal hukum sahaja.

            Pakaian mungkin menjadi simbolik kepada akhlak luaran yang boleh dipamerkan. Namun, di sebalik itu ada pakaian yang lebih hakiki yang akan menggambarkan imej muslimah yang sebenar iaitu pakaian akhlak.

            Kerana itulah, apabila Rasul saw menceritakan kepada para sahabatnya tentang perihal wanita yang solehah, baginda akan menggambarkan bagaimana akhlak yang harus dimiliki tanpa mengkhususkan bahawa pakaian itulah adalah tafsiran menyeluruh kepada makna sebenar akhlak. Pakaian hanya bersangkutan dalam soal hukum-hakam, bagi yang telah menutup auratnya dengan sempurna sudah dikira terlepas daripada kewajipan hukum.

            Tinggal lagi, bagaimana seseorang itu menjadi cantik dengan hukum yang diamalkan seiring akhlak baik yang dimiliki.

            Bukankah lebih indah, jika prinsip hukum itu digabung-jalinkan dengan kecantikkan akhlak?

            Namun, mutakhir ini dunia kian terbalik. Pakaiannya lebih cantik mengalahkan akhlaknya yang kurang cantik. Pakaiannya mampu dibeli dengan harga yang sangat mahal, tetapi akhlaknya terlalu murah harganya.

            Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.

            Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

            Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.



            BAHKAN LEBIH BURUK DARI SEORANG LELAKI


            Pendek kata, yang berakhlak sempurna itu bukanlah dalam kalangan yang berjubah dan bertudung semata-mata, bukan juga yang berkopiah atau berserban sahaja, tetapi yang mempunyai kesempurnaan akhlak adalah mereka yang mempunyai gabungan kedua-duanya, kerana ia melambang syiar sebuah agama. Gandingan antara hukum dan akhlak harus bersifat seiring untuk membuktikan akhlak itu bukan sahaja pada material (pakaian) semata-mata.

            Kalau hendak menjadi seorang wanita adalah sangat mudah dan senang, tetapi jika mahu menyandang gelaran muslimah itu lebih sukar apatah lagi jika ingin menjadi yang solehah.

            Ia seumpama satu masakan yang dihidangkan untuk tetamu, masakan akan menjadi enak dan sedap dimakan bukan saja pada hiasannya (pakaian) yang cantik, lebih penting daripada itu adalah ramuan (akhlak) yang digunakan dalam masakan. Gabungan antara dekorasi yang dihiasi dengan cantik dan ramuan akan menghasilkan masakan yang sempurna.

            Jangan kata terliur, pastinya akan terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi anda.

            Itulah kuasa wanita solehah.
            ________________________________________

            Nota Kehidupan (1): Kebelakangan ini, saya didatangkan dengan ujian yang saya sendiri tidak mampu hadapi. Saya diberikan dengan ujian emosi dan kemarahan yang banyak sehingga terbawa hati ini untuk merajuk seketika.

            Nota kehidupan (2): Terima kasih buat ‘sahabat’ jauh yang memahami diri saya saat ini. Kata-kata mu menghilangkan separuh gundah dan mendatangkan separuh kekuatan jiwa. Jarak itu bukanlah pemisah kalau kita punyai hati yang sentiasa mengingati. Apa khabar Tanah Air?

            Nota Kehidupan (3): ‘Tuhan, jika kemarahan ini datangnya daripada syaitan dan ammarah-ku, KAU leraikanlah ia daripada hati ini. Amin’

            [Usah Jemu Memberi]

            PENULIS MOHD AFIQ MOHD SALLEH

            RASAILAH HIDUP BERTEMANKAN TUHAN



            ‘Sejak dua menjak ni, aku rasa macam tak sedap badan je mil’ luah seorang teman. Sahabatnya diam sebentar, memberi ruang temannya habis berkata.

            ‘Rasa seolah berdosa sangat dengan TUHAN. Buat itu tak kena, buat ini juga tak kena’ sambungnya lagi. Wajahnya kusam menampakkan kerisauan yang melanda.

            ‘Kadang-kadang sudah terasa putus asa. Sampai hati pernah berkata, biarlah aku tidak dapat masuk ke syurga, asalkan tidak ke neraka’ hingga begitu luah sahabatnya. Nadanya sebak sekali.

            ‘Puas memikirkan nasib diri bila mati nanti’

            ‘Mil, kalau kita selalu disakiti dan diberi ujian. TUHAN marah pada kita kah?’ dia bertanya seolah mahukan lebih dari suatu jawapan yang hakiki.

            ‘Kalau TUHAN memberi kesenangan, adakah TUHAN juga mahu melalaikan kita?’

            ‘Aku semacam tidak mampu untuk menganggap bahawa ini semua adalah ujian-Nya. Setiap kali menghadapinya, aku merasa sebak keseorangan, takut jika ujian yang diberi tanda murka-Nya pada kita’ akhirnya, kata-kata itu menutup segala luahan berat.

            ‘Bersangka baiklah dengan DIA, selagi kita merasakan DIA sebagai pengharapan segalanya untuk kita. Maka DIA tak akan sesekali menghampakan hamba-Nya. ALLAH tidak pernah memberikan ujian untuk kita melainkan tanda sayangnya DIA kepada hamba-Nya. Engkau bertuah kerana menjadi insan pilihan DIA untuk disayangi-Nya’ kata-kata itu sungguh tidak tercapai maknanya. Nabil hanya mendengar. Hampir saja air matanya mengalir.

            ‘Aku hanya mengharapkan satu saja Mil. Doakan aku agar dimatikan dalam keimanan pun sudah memadai’ Nabil menyambung lagi. Perlahan suaranya dipengaruhi sedih di hati.

            Malam itu, damainya dapat dirasakan. Seolah suatu beban yang berat sudah dilepaskan. Sahabat lamanya sudi mendengar luahan hati yang sekian lama disimpan. Hampir beberapa tahun kesedihan hatinya dikongsi sendirian, tidak pernah diketahui oleh sesiapa walau teman-teman lain. Malah dia tidak kisah jika sesiapa pun tidak mengambil tahu akan sedih hatinya. Cukup sekadar jika ALLAH sahaja yang memahami hatinya.

            Angin bertiup. Memberikan hawa ketenangan pada lewat malam itu. Nabil tudak berganjak sedari tadi. dia mahu bersendirian dengan TUHAN. Dia mahu memberitahu ALLAH bahawa dia inginkan yang terbaik. Dia mahu ALLAH tahu bahawa dia insane kerdil yang mahukan pertolongan-Nya untuk setiap masa dan ketika.
            Terlalu damai malam itu.

            Sepi.


            TAKUT YANG MENGHARAP

            Pernah diriwayatkan dalam sebuah kisah, pada zaman dahulu, hidup seorang pemuda dan anaknya. Pemuda ini cukup terkenal dengan kejahatannya. Hampir semua kelakuan buruk sudah menjadi sebati di dalam dirinya. Maksiat adalah temannya. Jangan di tanya kejahatan apa dan dosa apa yang sudah dilakukan olehnya. tetapi tanyalah apakah dosa kejahatan yang belum pernah dilakukan olehnya untuk menggambarkan ‘kehebatannya’

            Setiap hari begitulah rutin perbuatannya, minum arak, berzina, membunuh dan lain-lain kelakuan jenayah akan dilakukan. Dia tidak serik dengan kesalahannya. Baginya dia hanya menilai harga sebuah KEHIDUPAN dengan keseronokkan dan apa yang dapat memuaskan kehendak diri walaupun terpaksa mengorbankan orang lain.

            Namun, sesekali dia sedar akan ALLAH yang memerhatikannya, TUHAN yang akan membalasi sikapnya di akhirat kelak. Suatu hari dia berpesan kepada anaknya:

            ‘Wahai anakku. Sekiranya aku mati kelak, aku perintahkan agar engkau membakar tubuhku yang kaku nanti. Jika ada tulang-belulang yang tidak hancur, engkau himpunkannya dan pukullah ia sehingga ia hancur lumat menjadi seperti abu yang di bakar’


            ‘Lalu abu-abu itu kau campakkan ke laut’


            ‘Wahai ayahku, mengapa begitu sekali wahai ayah?’



            ‘Anakku. Lakukan sahaja perintahku ini, mudah-mudahan TUHAN mengampun ayah’ Pemuda tadi memeluk erat anak kecilnya.

            Ditakdirkan pemuda tadi mati sebelum sempat melafazkan taubat kepada ALLAH. Lalu si anak terus melaksanakan apa yang telah diwasiatkan oleh ayahandanya sebelum menutup mata. Sedih anak itu tidak dapat digambarkan. Membakar jenazah ayah yang amat disayangi.

            Diriwayatkan semula, di akhirat kelak ALLAH taala membangkitkan semula pemuda tersebut lalu TUHAN bertanya kepada pemuda tersebut:

            ‘Wahai pemuda yang beriman, mengapa semasa di dunia dahulu engkau selalu melakukan maksiat dan mengabaikan AKU?’

            ‘Lalu kau perintahkan kepada anakmu agar berbuat demikian kepada jenazahnyamu. Adakah engkau tidak mengetahui bahawa ianya salah?’

            Jawab pemuda tadi:

            ‘Wahai TUHAN, aku tidak melakukan yang demikian melainkan aku terlalu takut kepada-Mu dan azab yang bakal menyeksaku di akhirat kelak’

            ALLAH berkata kepada pemuda tersebut:

            ‘Wahai pemuda yang takut kepada-KU. Ambillah, bagi-mu keampunan-KU’

             MEYAKINI BAHAWA DIA SENTIASA ADA


            Tidak cukup dengan hanya ‘mempercayai’, tetapi mesti disusuli dengan ‘keyakinan’ bahawa ALLAH sentiasa berada di sisi hambanya. Ia adalah pakej lengkap dalam sebuah aqidah dan kepercayaan.

            Ada manusia mempercayai adanya TUHAN, tetapi harap dan pautannya masih lagi kepada dunia. Dunia adalah sebahagian daripada hidupnya. Dia percaya bahawa dunia telah banyak memberikan kebaikkan untuknya. Dia masih mempercayai akan TUHAN tetapi hanya separuh-separuh, bakinya masih ditinggalkan bersama dunia. Akibatnya dia tenggelam dengan tipu daya dunia.

            Ada manusia mudah melupai siapa TUHANNYA, bagi mereka TUHAN adalah ketika mereka ditimpa kesusahan dan musibah. Ketika itulah mereka bersungguh-sungguh mengingati TUHAN, mengharapkan agar kesusahan dan musibah tadi dapat dileraikan. Namun TUHAN itu amat ‘rahman’ dan ‘rahim’ pada hambanya, pada mereka yang lupa dan ingat DIA tetap memberi. Memberi tanpa jemu. Akhirnya, hambanya yang sentiasa mengingati terus mengingati dan hamba-Nya yang lupa terus melupai TUHAN yang sama yang telah meleraikannya dari musibah – ALLAH diingati ketika sakit dan susah sahaja.

            Saya terlalu kagum melihat manusia-manusia yang meyakini dengan TUHANnya. Dia miskin dan tidaklah kaya harta tetapi KEHIDUPANnya terlalu tenang dan mencukupi. Sewaktu susah atau senang baginya TUHAN mesti didahulukan kehadapan. Senangnya disumbangkan kepada TUHAN, susahnya juga diserahkan kepada TUHAN.

            Inilah hamba yang menjiwai jiwa hamba.

            Setahun yang lalu, saya menjejakkan lagi kaki ke Tanah Syam (Negara Syria). Saya tidak menyangka itu adalah berupa rezeki ketika poket dalam keadaan terdesak. Saya melaluinya (rehlah) dengan suasana hati yang tidak menghampakan. Saya senang ke sana bersama rakan-rakan yang juga sama ‘keadaannya’. Sebelum ke sana lagi saya memasang niat agar mendapat sesuatu yang bisa mententeramkan hati kerana kebelakangan ini saya terlalu tidak menentu memikirkan masalah.

            Saya mencari TUHAN yang dapat memberi senang di hati ketika ini.

            Saya percaya teman-teman yang bersama saya dalam perjalanan tersebut lebih mengetahui apa yang kita lalui. Terlau berat, tetapi ia adalah perjalanan rehlah yang paling saya kagumi dan hargai. Saya melaluinya dengan kesuahan yang memberikan kegembiraan selepasnya. Saya bersyukur ketenangan itu diberi melalui jalan kesusahan.

            Sekembalinya kami, saya hanya bermenung panjang. TUHAN terlalu kaya dengan ketenangan dan bisa memberikannya kepada sesiapa sahaja yang mencari. Saya pasti, manusia yang selalu mencari akan merasai kemanisan hidup.

            Merasai manisnya hidup berTUHANkan ALLAH taala.

            [Usah Jemu Memberi]
            penulis : mohd afiq mohd salleh